1.
SEJARAH TRADISIONAL PAKAIAN CINA
Sejarah kehadiran kaum Cina
bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam,
budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan
suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya
berlapis- lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh
dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh,
Samfoo, Hanfu dan Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita
berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti
majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama- kelamaan
disingkatkan hingga ke paras lutut.
Pakaian tradisional cina yang dipakai
saat menghadiri upacara- upacara penting seperti jamuan perkawinan dan Hari
Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao(Cheongsam).
Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi
merupakan pengadaptasian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China
antara abad ke-17 (1644) hingga awal abad ke-20.
Banyak orang menganggap “Qipao”
(istilah untuk pakaian adat etnis Manchuria) pakaian tradisional cina
disebabkan bangsa Manchuria adalah penguasa dalam tempoh dinasti terakhir iaitu
Dinasti Qing (1644-1912). Sebenarnya, Qipao adalah busana etnis Manchuria,
bukan China.
Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu.
Baju tradisional Jepun dan Korea juga di inspirasikan dari pakaian Hanfu. Oleh
itu, Hanfu bisa disebut sebagai nenek moyang pakaian tradisional bangsa Asia
Timur (China, Jepun, dan Korea)
2. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI
2.1 Jubah
labuh:
Pakaian Jubah Labuh merupakan satu
jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun
Baru Cina. Kebanyakkannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik
sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak.
Pakaian Cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering
dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, Cheongsam mempunyai leher yang tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan
kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan
lain- lain jenis kain lembut.
2.2 Samfoo.
Samfoo membawa maksud 'baju dan
seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita berketurunan
Cina selain dari 'cheong sam'. Ia
digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong
atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau
berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai
oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah
di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti
kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina di Malaysia.
2.3 Hanfu
Hanfu, demikian
sebutan untuk busana adat tradisional China, semasa beberapa Dinasti, iaitu
Dinasti Tang (618-907), Song (960-1279), dan Ming (1368-1644) - Tiga jangka
masa yang dianggap penting semasa Kaisar Han memerintah China selama beberapa
kelompok minoritas dan budaya mereka berkembang. Han Cina pakaian, atau Hanfu (“Busana
dari orang Han”) merujuk kepada pra- abad ke-17 pakaian tradisional dari China
Han, yang dominan dari kelompok etnik China.
Banyak kostum tradisional dari negara-
negara Asia, seperti Scorpio di Jepun, bersama dengan manusia tradisional Korea
Hanbok dan Vietnam Ao Dai, berasal dari Hanfu dan memiliki gaya yang sama
seperti Hanfu. Berbeza dengan Cina, Jepun dan Korea pakaian tradisional telah
diawetkan selama berabad- abad, dan dekat dengan ciri khas pakaian pra-Manchu iaitu
pakaian Hanfu.
Hanfu telah membentuk gaya kostum
tradisional dari banyak negara- negara Asia. Beberapa negara seperti Vietnam,
yang baik atau pengikut negara atau di bawah penjajahan China sebelum 1884, pakaian
tradisionalnya sama dengan Hanfu. Negara-negara Asia lainnya ‘kostum
tradisionalnya, seperti Kimono Jepun dan Hanbok Korea, memiliki beberapa perbezaan
daripada Hanfu.
Dibandingkan dengan Jepun Kimono,
pakaian tradisional Korea jauh lebih mirip dengan Hanfu. semua kostum
tradisional dari negara- negara Asia dipengaruhi oleh Hanfu, Kimono Jepun yang
paling berbeza dari yang asli. Namun, semua masyarakat tradisional yang disebutkan
di atas mewarisi keunikan Gaya Hanfu Youren dan lengan lebar.
PAKAIAN
TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN
2.4 Cheongsam
Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang
selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam
mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat
daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut.
Cheongsam atau disebut juga Qipao
merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tiong hwa dan menikmati kesuksesan
dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”,
diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton)
di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di
tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional
banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif
yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.
Sejarah
baju Cheongsam
Sebelum bernama cheongsam, busana
ini bernama qipao. Berbeza dengan cheongsam yang dikenal saat ini, qipao mempunyai
potongan yang longgar, lebar dan hanya memperlihatkan bahagian kepala dan jari.
Qipao mudah dijumpai di China, khususnya China Han sekitar 1636.
Di sana, ketika itu, wanitanya
diwajibkan memakai busana itu. Baik mereka yang sudah tua atau muda.
Potongannya juga sama antara setiap kelompok usia. Dalam perjalanan waktu,
qipao mulai mengalami perubahan bentuk.
Qipao asalnya lebar dan longgar.
Menutupi sebagian besar tubuh wanita, hanya memperlihatkan kepala, tangan, dan hujung
jari kaki. Sifat yang longgar pakaian ini juga berfungsi untuk menyembunyikan susuk
tubuh si pemakainya tanpa memandang usia. Dengan berlalunya waktu, qipao
mengalami penyesuaian. Versi moden, yang sekarang dikenali di China sebagai
"standar" qipao, pertama kali dikembangkan di Shanghai setelah 1900,
setelah Dinasti Qing jatuh. Beberapa orang yang lebih moden dan bergaya dalam
berpakaian mengubah qipao tradisional agar sesuai dengan selera mereka . Qipao yang
moden mempunyai potongan yang agak ramping dan sangat berbeza dengan qipao tradisional.
Namun model ini malah menjadi
sangat popular waktu itu. Pada sekitar 1920, qipao moden muncul pertama kali di
Shanghai kerana mendapat pengaruh dari Beijing. Kesan itu terdapat pada qipao yang memiliki
ornamen termasuk kerah Shanghai yang kini melekat sebagai pakem cheongsam.
Potongan busana itu pas dengan badan dan lebih tinggi.
Motif
pakaian tradisional Cina (Cheongsam)
A) Cheongsam.
Motif-motif tersebut mempunyai makna- makna
tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:
B) Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif
bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional
bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan
C) Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai
merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai
mencerminkan kecantikan yang suci.
D) Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan
adalah perlambang panjang umur.
E) Ikan
Ikan juga merupakan lambang
kesejahteraan.
Dengan model tersebut, qipao kemudian sangat
diminati dengan busana wanita kalangan menengah ke atas. Selain pas di badan,
qipao dikenal dengan bentuk sebagai baju panjang. Sehingga saat itu dikenal
dengan istilan zansae yang bererti pakaian panjang.
Dalam bahasa Mandarin,
istilah tersebut dikenal dengan changsan. Sedangkan, orang Barat mengenalnya
dengan istilah cheongsam.
3. UNSUR- UNSUR WARNA DI PAKAIAN
TRADISIONAL CINA
3.1 Merah.
Unsur warna merah dapat memberikan tenaga
dan antusiasme. Oleh kerana itu, orang yang termasuk dalam unsur api secara
alamiah akan cenderung untuk menjadi seorang pemimpin. Hal ini berkaitan dengan
peruntungan baik dan kemasyhuran. Tetapi, api tidak selalu bersifat
menghangatkan dan menguatkan tetapi api juga dapat membakar. Manusia yang
memiliki jumlah kandungan api yang ideal akan cenderung untuk memiliki
kepribadian yang adil, terhormat dan baik budi. Sedangkan manusia yang memiliki
kandungan api terlalu banyak akan cenderung memiliki kepribadian yang kritis,
suka berbicara kotor dan suka iri hati melihat kesenangan orang lain.
3.2 Putih.
Unsur logam adalah lambang kesenangan
dalam bidang kewangan dan berniaga. Unsur ini juga melambangkan pemikiran yang
jernih dan moral yang baik. Selain itu, unsur logam juga dapat melambangkan
sebuah pisau atau pedang. Hal ini bererti jika unsur logam juga boleh menjadi
kejam. Hal ini wujud dalam kepribadian dengan emosi yang meledak- ledak dan
kurang terfokusnya konsentrasi.
3.3 Hitam
Melambangkan pengetahuan,
kebijaksanaan, komunikasi dan perjalanan. Hijau dapat bersifat lemah lembut tetapi
boleh juga bersifat keras . Hitam melambangkan keberanian dalam diri.
4.
BILA PAKAIAN TRADISIONAL INI DIPAKAI
4.1 Jubah Labuh
Pakaian Jubah Labuh merupakan lagi
satu jenis baju tradisional yang biasanya dipakai oleh lelaki bangsa Cina
semasa Tahun Baru Cina.
4.2 Samfoo
Samfoo membawa maksud ‘baju dan
seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan
Cina selain dari ‘cheongsam’. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan
yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo turut dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai
oleh wanita Cina.
4.3 Hanfu
Dalam zaman moden ini hanfu dipakai
oleh golongan peminat hanfu ataupun sejarah Cina pada perayaan- perayaan
istimewa.
4.4 Cheongsam
Kini telah dinaiktaraf fungsinya, ia
tidak lagi dipakai pada hari– hari tertentu sahaja. ia kini semakin berkembang selari
dengan fesyen– fesyen pakaian ternama dunia. Antara fungsi dan peranan
cheongsam kini adalah seperti :
a ) Cheongsam sebagai pakaian kerja. Sesetengah
syarikat menggunakan cheongsam sebagai pakaian utama untuk pekerjanya , seperti
syarikat penerbangan di China , China Airlines , China Eastern Airlines
menggunakan cheongsam kepada pramugarinya.
b ) Pakaian pekerja restoran dan kelab
malam. Cheongsam juga dipakai oleh pelayan restoran dan pelayan kelab malam
terutamanya di China.
c ) Seragam Sekolah. cheongsam juga
dijadikan pakaian seragam sekolah. Terdapat beberapa buah sekolah menggunakan
cheongsam sebagai seragam utama waktu persekolahan seperti Kolej
pendidikan di St Paul, dan sekolah Menengah di Hong Kong.
d ) Cheongsam sebagai pakaian
sampingan sukan. Di Sukan Olimpik Musim Panas 2008, cheongsam pakaian
seragam untuk pemegang pingat. Mereka juga telah dipakai oleh ahli- ahli
perempuan pasukan Sweden dan pasukan Sepanyol dalam majlis perasmian, dengan
warna- warna kebangsaan.
e ) Fesyen festival.
f ) Pakaian pengantin. Cheongsam juga
dipakai di majlis– majlis perkahwinan contohnya perkahwinan kaum cina yang
masih mengekalkan tradisi memakai cheongsam.
KESIMPULAN
Pada umumnya, adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama perlu
dikekalkan dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan datang. Masyarakat
Cina perlu menitikberatkan keperibadian luhur dan murni, serta dibekalkan
dengan pakaian tradisi untuk melindungi anggota badan. Justeru itu, perkara ini
perlu diteruskan sebagai satu usaha untuk mempertahankan dan memelihara pakaian
tradisioanal masyarakat Cina agar terus dikenali sejajar dengan perkembangan
dunia fesyen tanah air. Walaupun persaingan dunia peragaan dan busana telah
berkembang pesat, tetapi permintaan terhadap pakaian tradisional Cina masih
mendapat tempat dihati masyarakat pada masa kini bertepatan dengan peribahasa
“Tak lekang dek panas,Tak lapok dek hujan”
Pakaian tradisioanal mempunyai makna tersirat positif yang disampaikan
oleh nenek moyang kita dahulu. Namun begitu, jajahan budaya barat telah
mengecam tradisi- tradisi ini. Budaya
melambangkan identiti sesebuah Negara. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan
Negara. Oleh sedemikian, generasi muda zaman sekarang haruslah sedar tentang kepentingan
budaya dan adat. Semoga kegemilangan pakaian tradisional Cina akan terus
terpilihara dan berterusan dari satu generasi ke satu generasi.
Contoh Pakaian Masyarakat Cina:
Contoh Pakaian Masyarakat Cina: