Monday 16 March 2015

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina

1.    SEJARAH TRADISIONAL PAKAIAN CINA
Sejarah  kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis- lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu dan Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. 
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.  
Baju ini asalnya labuh tetapi lama- kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut.
Pakaian tradisional cina yang dipakai saat menghadiri upacara- upacara penting seperti jamuan perkawinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao(Cheongsam). Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan pengadaptasian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China antara abad ke-17 (1644) hingga awal abad ke-20.
Banyak orang menganggap “Qipao” (istilah untuk pakaian adat etnis Manchuria) pakaian tradisional cina disebabkan bangsa Manchuria adalah penguasa dalam tempoh dinasti terakhir iaitu Dinasti Qing (1644-1912). Sebenarnya, Qipao adalah busana etnis Manchuria, bukan China.
Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradisional Jepun dan Korea juga di inspirasikan dari pakaian Hanfu. Oleh itu, Hanfu bisa disebut sebagai nenek moyang pakaian tradisional bangsa Asia Timur (China, Jepun, dan Korea)





2.    PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI

2.1 Jubah labuh:
Pakaian Jubah Labuh merupakan satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakkannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak. Pakaian Cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut.






2.2 Samfoo.
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita berketurunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.









2.3 Hanfu
Hanfu, demikian sebutan untuk busana adat tradisional China, semasa beberapa Dinasti, iaitu Dinasti Tang (618-907), Song (960-1279), dan Ming (1368-1644) - Tiga jangka masa yang dianggap penting semasa Kaisar Han memerintah China selama beberapa kelompok minoritas dan budaya mereka berkembang. Han Cina pakaian, atau Hanfu (“Busana dari orang Han”) merujuk kepada pra- abad ke-17 pakaian tradisional dari China Han, yang dominan dari kelompok etnik China.
Banyak kostum tradisional dari negara- negara Asia, seperti Scorpio di Jepun, bersama dengan manusia tradisional Korea Hanbok dan Vietnam Ao Dai, berasal dari Hanfu dan memiliki gaya yang sama seperti Hanfu. Berbeza dengan Cina, Jepun dan Korea pakaian tradisional telah diawetkan selama berabad- abad, dan dekat dengan ciri khas pakaian pra-Manchu iaitu pakaian Hanfu.
Hanfu telah membentuk gaya kostum tradisional dari banyak negara- negara Asia. Beberapa negara seperti Vietnam, yang baik atau pengikut negara atau di bawah penjajahan China sebelum 1884, pakaian tradisionalnya sama dengan Hanfu. Negara-negara Asia lainnya ‘kostum tradisionalnya, seperti Kimono Jepun dan Hanbok Korea, memiliki beberapa perbezaan daripada Hanfu.
Dibandingkan dengan Jepun Kimono, pakaian tradisional Korea jauh lebih mirip dengan Hanfu. semua kostum tradisional dari negara- negara Asia dipengaruhi oleh Hanfu, Kimono Jepun yang paling berbeza dari yang asli. Namun, semua masyarakat tradisional yang disebutkan di atas mewarisi keunikan Gaya Hanfu Youren dan lengan lebar.




PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN
2.4  Cheongsam
         Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut.
          Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tiong hwa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.
Sejarah baju Cheongsam
             Sebelum bernama cheongsam, busana ini bernama qipao. Berbeza dengan cheongsam yang dikenal saat ini, qipao mempunyai potongan yang longgar, lebar dan hanya memperlihatkan bahagian kepala dan jari. Qipao mudah dijumpai di China, khususnya China Han sekitar 1636.
             Di sana, ketika itu, wanitanya diwajibkan memakai busana itu. Baik mereka yang sudah tua atau muda. Potongannya juga sama antara setiap kelompok usia. Dalam perjalanan waktu, qipao mulai mengalami perubahan bentuk.
              Qipao asalnya lebar dan longgar. Menutupi sebagian besar tubuh wanita, hanya memperlihatkan kepala, tangan, dan hujung jari kaki. Sifat yang longgar pakaian ini juga berfungsi untuk menyembunyikan susuk tubuh si pemakainya tanpa memandang usia. Dengan berlalunya waktu, qipao mengalami penyesuaian. Versi moden, yang sekarang dikenali di China sebagai "standar" qipao, pertama kali dikembangkan di Shanghai setelah 1900, setelah Dinasti Qing jatuh. Beberapa orang yang lebih moden dan bergaya dalam berpakaian mengubah qipao tradisional agar sesuai dengan selera mereka . Qipao yang moden mempunyai potongan yang agak ramping dan sangat berbeza dengan qipao tradisional.

             Namun model ini malah menjadi sangat popular waktu itu. Pada sekitar 1920, qipao moden muncul pertama kali di Shanghai kerana mendapat pengaruh dari Beijing.    Kesan itu terdapat pada qipao yang memiliki ornamen termasuk kerah Shanghai yang kini melekat sebagai pakem cheongsam. Potongan busana itu pas dengan badan dan lebih tinggi.


Motif pakaian tradisional Cina (Cheongsam)
A) Cheongsam.
Motif-motif tersebut mempunyai makna- makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:
B) Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan
C) Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.
D) Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.

E) Ikan
Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.




           Dengan model tersebut, qipao kemudian sangat diminati dengan busana wanita kalangan menengah ke atas. Selain pas di badan, qipao dikenal dengan bentuk sebagai baju panjang. Sehingga saat itu dikenal dengan istilan zansae yang bererti pakaian panjang.
          Dalam bahasa Mandarin, istilah tersebut dikenal dengan changsan. Sedangkan, orang Barat mengenalnya dengan istilah cheongsam.







3. UNSUR- UNSUR WARNA DI PAKAIAN TRADISIONAL CINA
3.1 Merah.
Unsur warna merah dapat memberikan tenaga dan antusiasme. Oleh kerana itu, orang yang termasuk dalam unsur api secara alamiah akan cenderung untuk menjadi seorang pemimpin. Hal ini berkaitan dengan peruntungan baik dan kemasyhuran. Tetapi, api tidak selalu bersifat menghangatkan dan menguatkan tetapi api juga dapat membakar. Manusia yang memiliki jumlah kandungan api yang ideal akan cenderung untuk memiliki kepribadian yang adil, terhormat dan baik budi. Sedangkan manusia yang memiliki kandungan api terlalu banyak akan cenderung memiliki kepribadian yang kritis, suka berbicara kotor dan suka iri hati melihat kesenangan orang lain. 

3.2 Putih.
Unsur logam adalah lambang kesenangan dalam bidang kewangan dan berniaga. Unsur ini juga melambangkan pemikiran yang jernih dan moral yang baik. Selain itu, unsur logam juga dapat melambangkan sebuah pisau atau pedang. Hal ini bererti jika unsur logam juga boleh menjadi kejam. Hal ini wujud dalam kepribadian dengan emosi yang meledak- ledak dan kurang terfokusnya konsentrasi.

3.3 Hitam
Melambangkan pengetahuan, kebijaksanaan, komunikasi dan perjalanan. Hijau dapat bersifat lemah lembut tetapi boleh juga bersifat keras . Hitam melambangkan keberanian dalam diri.






4.  BILA PAKAIAN TRADISIONAL INI DIPAKAI

4.1 Jubah Labuh
Pakaian Jubah Labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasanya dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina.


4.2 Samfoo
Samfoo membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari ‘cheongsam’. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina.


4.3 Hanfu
Dalam zaman moden ini hanfu dipakai oleh golongan peminat hanfu ataupun sejarah Cina pada perayaan- perayaan istimewa.






4.4 Cheongsam
Kini telah dinaiktaraf fungsinya, ia tidak lagi dipakai pada hari– hari tertentu sahaja. ia kini semakin berkembang selari dengan fesyen– fesyen pakaian ternama dunia. Antara fungsi dan peranan cheongsam kini adalah seperti :

a ) Cheongsam sebagai pakaian kerja. Sesetengah syarikat menggunakan cheongsam sebagai pakaian utama untuk pekerjanya , seperti syarikat penerbangan di China , China Airlines , China Eastern  Airlines menggunakan cheongsam kepada pramugarinya.

b ) Pakaian pekerja restoran dan kelab malam. Cheongsam juga dipakai oleh pelayan restoran dan pelayan kelab malam terutamanya di China.

c ) Seragam Sekolah. cheongsam juga dijadikan pakaian seragam sekolah. Terdapat beberapa buah sekolah menggunakan cheongsam sebagai seragam utama waktu persekolahan seperti Kolej pendidikan di St Paul, dan sekolah Menengah di Hong Kong.

 d ) Cheongsam sebagai pakaian sampingan sukan. Di Sukan Olimpik Musim Panas 2008, cheongsam pakaian seragam untuk pemegang pingat. Mereka juga telah dipakai oleh ahli- ahli perempuan pasukan Sweden dan pasukan Sepanyol dalam majlis perasmian, dengan warna- warna kebangsaan.

e ) Fesyen festival. 

f ) Pakaian pengantin. Cheongsam juga dipakai di majlis– majlis perkahwinan contohnya perkahwinan kaum cina yang masih mengekalkan tradisi memakai cheongsam.


 KESIMPULAN
  
      Pada umumnya, adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama perlu dikekalkan dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan datang. Masyarakat Cina perlu menitikberatkan keperibadian luhur dan murni, serta dibekalkan dengan pakaian tradisi untuk melindungi anggota badan. Justeru itu, perkara ini perlu diteruskan sebagai satu usaha untuk mempertahankan dan memelihara pakaian tradisioanal masyarakat Cina agar terus dikenali sejajar dengan perkembangan dunia fesyen tanah air. Walaupun persaingan dunia peragaan dan busana telah berkembang pesat, tetapi permintaan terhadap pakaian tradisional Cina masih mendapat tempat dihati masyarakat pada masa kini bertepatan dengan peribahasa “Tak lekang dek panas,Tak lapok dek hujan”

     Pakaian tradisioanal mempunyai makna tersirat positif yang disampaikan oleh nenek moyang kita dahulu. Namun begitu, jajahan budaya barat telah mengecam tradisi-  tradisi ini. Budaya melambangkan identiti sesebuah Negara. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan Negara. Oleh sedemikian, generasi muda zaman sekarang haruslah sedar tentang kepentingan budaya dan adat. Semoga kegemilangan pakaian tradisional Cina akan terus terpilihara dan berterusan dari satu generasi ke satu generasi.


Contoh Pakaian Masyarakat Cina:

Cheongsam

samfoo

Hanfu

Cheonggsam/Qipao